Friday, October 30, 2009

TESTIMONIAL ENZIM NONI

PENYAKIT SORIASIS (KULIT)





PENYAKIT KENCING MANIS




Wednesday, October 28, 2009

ENZIM NONI


Pati mengkudu atau noni (Nama saintifik : Morinda citrifolia) memang semenjak dahulu lagi telah digunakan sebagai penyembuh secara tradisional. ia dikenali sebagai makanan ajaib yang berupaya menyembuhkan luka dalaman. Khasiat buah mengkudu boleh meredakan tekanan darah tinggi, senggugut, arthritis, ulser, kencing manis, kerosakan buah pinggang, pundi hempedu serta urat saraf.


Demikian menurut pegawai penyelidik Bahagian Tumbuhan Ubatan, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Dr. Mohd Ilham Adenan. Selain itu buah mengkudu juga dikatakan dapat merencat pertumbuhan sel-sel barah, mempunyai kesan analgesik (penahan sakit), antiseptik (membunuh kuman) dan menghalang pertumbuhan parasit serta kulat. Dikalangan masyarakat kepulauan Hawaii, buah mengkudu dianggap sebagai the magic fruit atau buah ajaib kerana nilai perubatannya yang tinggi. Sebenarnya buah mengkudu atau noni (nama tempatan di Hawaii) telah tercatat dalam manuskrip purba sebagai salah satu bahan utama dalam ramuan perubatan sejak 2,000 tahun lalu.


Seluruh bahagian pokok mengkudu dikatakan mempunyai nilai perubatan yang tersendiri.Biji mengkudu dipercayai boleh digunakan sebagai julap. Daunnya dikatakan mujarab untuk merawat sakit kulit, mengurangkan sakit dan radang kulit. “Daunnya dikatakan mujarab untuk merawat sakit kulit, mengurangkan sakit dan radang kulit.” Sementara itu menurut Dr. Ilham; penyelidikan yang sedang dijalankan di FRIM mendapati pucuk mengkudu mempunyai bahan kimia yang amat berguna untuk menghalang proses penuaan.


Batang mengkudu pula boleh digunakan untuk mengurangkan tekanan darah sementara ekstrak daripada buah mengkudu pula dipercayai boleh menyembuhkan sakit mata. “Khasiatnya yang tersendiri tidak mustahil setanding dengan tongkat ali..” Dr. Ilham. Bagaimanapun pokok mengkudu yang boleh ditemui dengan banyak di Asia Tenggara, Australia, New Zealand, India, Carribean dan Tahiti mempunyai nama yang berbeza. Misalnya di Kepulauan Carribean, mengkudu dipanggil pain killer tree (pokok penahan kesakitan) kerana kegunaannya yang meluas untuk meredakan kesakitan akibat bengkak, terseliuh, patah tulang, demam dan pelbagai lagi. Manakala di Asia Tenggara, pokok yang dipanggil nhau itu digunakan untuk mengubati sakit tekak serta penyakit mulut dan gusi.


Khasiat Pati / Enzim Buah Mengkudu

Di antaranya Menstabilkan tekanan darah dan aras kolestrol - otot jantung Gangguan dalam tubuh - kencing manis, sakit kepala, ginjal, buah pinggang, pundi kencing, pundi hempedu dan tiroid Mencegah pertumbuhan sel kanser dan tumor Sistem pernafasan - resdung, asthma, bronkitis, hingus meleleh, batuk, sakit tekak, batuk kering, kolera dan bayi yang demam selsema Gangguan penghadaman - perut kembung, ulcer, gastrik, cirit-beret, muntah-muntah, tidak hadam, buasir, keracunan makanan Mulut dan Tekak - radang tekak, sakit gusi dan sakit gigi Sakit tulang dan sendi - terseliuh dan gout Penyakit kulit - bisul, luka, kurap, radang, ulser kulit Sakit puan - senggugut, gangguan haid Menghilangkan gatal - celah kelangkang, pelipatan, ulat air dan penyakit kulit Memulihkan kesan umum penuaan (awet muda) Menghilangkan ketagihan dadah dan rokok Membantu sistem kesuburan lelaki dan wanita Meredakan kesakitan (analgesik) Meningkatkan tenaga tubuh badan Mengurangkan stress (tekanan) Anti-oxidant.


CARA MENGGUNKAN NONI ENZIM
Setelah bangun dari tidur minum separuh gelas air suam,
Kemudian ambil 4 @ 5 titik noni atau satu pertiga tiub dan titiskan di bawah lidah dan kemam selama 2~5 minit kemudian telan dan minum semula separuh gelas air suam tadi.Elakkan tiub dari terkena lidah.


Lebih berkesan :
a) Setelah minum noni dalam masa ½ jam jangan makan apa-apa makanan (Gastrik dikecualikan)
b) Setelah minum noni dalam masa 2 jam elakkan minum Kopi / Teh dan Nescafe.
c) Bagi yang merokok,jangan merokok dalam masa 2 jam selepas minum noni
d) Bagi yang ambil ubat doktor,boleh diambil dalam 1 atau 2 jam selepas minum noni.
e) Minum sekali lagi pada waktu malam sebelum tidur dengan kaedah yang sama.


Kesan-kesan pemulihan mungkin terjadi/kelihatan bagi mereka yang minum noni bergantung kepada tahap kesihatan individu tersebut, dan ini adalah satu perkara yang normal bagi proses pemulihan.




Thursday, October 22, 2009

NONI BLACK HAIR MAGIC



"RAMBUT BERUBAN?? MASALAH KELUMUMUR?? RAMBUT GUGUR??"

" NONI BLACK HAIR MAGIC DAPAT MENYELESAIKAN MASALAH ANDA "


BERKESAN DALAM MASA 7 MINIT SAHAJA
Penggunaaan pewarna yang diperbuat daripada bahan kimia akan menyebabkan kita menanggung risiko dikemudian hari seperti kanser kulit dan sebagainya. Oleh itu, untuk cantik dan bergaya kita haruslah memilih produk yang selamat dan diyakini bebas daripada kesan sampingan di kemudian hari.

Syampu noni ini diperbuat daripada hasil semulajadi dan berkualiti tinggi iaitu dari ramuan herba semulajadi Pati Mengkudu 100% dari Kepulauan Pasifik Selatan, akar Chinese Knotweed (PolygonumMultiflorum Thunb) yang juga dikenali sebagai Shouwu, akar Ginseng dan banyak lagi, semuanya ramuan semulajadi 100% bebas kimia. Syampu ini juga berupaya merawat rambut yang berkelumumur, rambut gugur dan juga rambut beruban.

Syampu ini bukan seperti 'dye' rambut yang ada di pasaran. Secara semula jadi buah noni atau pun dikenali sebagai mengkudu mempuyai cecair berwarna hitam. Warna hitam itulah yang digunakan untuk menghitamkan serta merawat rambut yang bermasalah.

Sungguh mudah digunakan, keberkesanannya terbukti. Hanya perlu 7-10 minit untuk menghitamkan rambut secara semulajadi, bila-bila dan di mana saja. Ia memastikan kehitaman rambut anda dan terserlah dari akar ke bahagian akar rambut.

Satu gabungan sempurna dengan ciri-ciri penghitaman rambut, seumpama vitamin rambut dan perapi. Kini anda boleh terus meninggalkan uban-uban yang menyusahkan. Berkesan dalam tempoh 7/10 minit sahaja dan ini DIJAMIN.!!

Apa yang pasti, produk ini halal dan ia telah diiktiraf oleh INFANCA PRODECT CERTIFICATE. INFANCA merupakan satu badan organisasi pensijilan produk yang mengiktiraf produk halal secara antarabangsa. Oleh itu produk ini boleh di gunakan tanpa rasa was-was.



TESTIMONIAL























RAHSIA ALAM BUAH NONI




Buah Mengkudu atau nama saintifiknya ialah Morinda Citrifolia telah digunakan oleh penduduk Polinesia dan kepulauan Carrabien dalam mengubati pelbagai penyakit dan untuk menyihatkan badan. Di Malaysia, pengunaan mengkudu agak terbatas dan dipandang remeh. Kajian secara saintifik lebih 40 tahun telah dijalankan oleh Dr. R.M Heineike. Buah mengkudu telah dijadikan dalam bentuk jus untuk memudahkan penggunaannya dan juga untuk menghilangkan rasa busuk. Spesis mengkudu adalah antara spesimen yang banyak tersebar. Antara faktornya ialah sifat daya tahan biji-benihnya yang berupaya terapung untuk tempoh masa yang lama. Pepohon mengkudu boleh mencapai ketinggian sehingga 35 kaki atau 10 meter tinggi dengan bebunga putih. Dengan sifatnya yang istimewa, iaitu berbunga sepanjang tahun, dapat menghasilkan buah yang silih berganti.


Amalan Tradisi
Semenjak dahulu lagi, khasiat mengkudu telah diketahui oleh masyarakat tempatan. Malangnya, kegunaannya terhad kepada ulam dan kerabu walaupun sesetengahnya mengambil bahagian daunnya untuk kegunaan selepas bersalin, atau lebih tepat lagi sebagai awet muda.

Kajian Saintifik
Buah mengkudu mengandungi 12 kandungan penting seperti proxironine, asid kaproid, asid kaprilik, minyak penting, B-D-glucopiranose pentaacetate-2, asperuloside tetra acetate, glucose, Asid ascorbik(vitamin C) dan damnacanthol. Beberapa jenis kandungan ini boleh bertindak sebagai anti-bakteri melawan Escherichia coli, Salmonrlla typhi, Shigella paradysenteriac dan Staphylococcuss aureus. Buah mengkudu boleh memulihkan sistem penghadaman dan ini dapat membantu dalam memulihkan penyakit "hemorrhoidsm", hidung tersumbat dan "cerebral hemorrhage". Ia dapat juga membantu untuk meredakan "embolishsm" dan membantu untuk melancarkan aliran darah yang mugkin disebabkan ketulan-ketulan darah(ketulan darah ini terdapat dalam saluran darah dan mengurangkan perjalanan darah). Mengkudu juga bertindak sebbagai" anti-oxidant" yang sangat baik.

Kandungan yang paling penting dalam buah mengkudu adalah proxeronine. Proxeronine ini akan membentuk Xeronine apabila dimakan dan Xeronine ini boleh membaiki sel-sel yang rosak dan mengaktifkan sel-sel yang lemah. Salah satu unsur penting dalam mengudu ialah Damnacanthol yang boleh bertindak sebagai anti-virus dan anti-tumor yang boleh bertindak keatas beberapa jenis barah paru-paru.
Beberapa kajian klinikal menunujukan mengkudu dapat menolong masalah penyakit buah pinggang yang teruk. Ia juga menunjukkan sifat "anti-inflammatory" yang boleh membantu dalam merawat "arthritis". Dalam percubaan keatas tikus, berat badan, kesuburan sel darah putih dan kekuatan berenang bertambah setelah diberi jus mengkudu.
Secara umunnya, buah mengkudu boleh membantu dalam penyakit dibawah. Semua penyakit-penyakit yang dicadangkan disini mungkin tidak memberi kesan yang sama :

  • Tekanan Darah tinggi
  • Barah
  • Penyakit Jantung
  • Kencing Manis
  • Masalah Seksual
  • Lemah badan
  • Berat badan berlebihan(Kegemukan)
  • Masalah buah pinggang
  • Fikiran serabut
  • Alahan seperti alahan daripada makan udang dan ketam
  • Arthiritis
  • Masalah penghadaman
  • Angin Ahmar
  • Masalah tidur
  • Ketagihan merokok
  • Masalah Penafasan
  • Kurang Tenaga
  • Batuk
  • Cacing
  • Gout
  • Asma
  • Resdong
  • Gastrik
  • Tumor
  • Luka Kecil
  • Kelumumur
  • Kebengkakan
  • Keracunan Makanan

PENYELIDIKAN TERHADAP BUAH NONI DENGAN PERUBATAN MODEN



Saintis pertama yang mengkaji tentang buah Noni ialah seorang ahli biokimia yang terkenal, Dr. Ralph Heinicke. Beliau turut mendapati kandungan proxeronine dan proxeronase dalam buah Noni. Maka, Dr. Heinicke telah merumuskan bahawa buah Noni ialah sumber terbaik pembentukan protein dalam badan manusia.

Dalam kajian fisiologi Dr. Heinicke, baliau mendapati proxeronine penting untuk mensistesis alkaloid xeronine. Xeronine ialah sejenis protein yang hanya dapat dihasilkan dalam usus manusia. Kekurangan xeronine boleh mengakibatkan pelbagai jenis penyakit.